Pengukuran Jarak Penglihatan
Ukuran jarak penglihatan merupakan alat utama bagi menguji sejauh mana fungsi penglihatan seseorang. Kami menguji jarak penglihatan seseorang menggunakan carta standard bagi mencari barisan terkecil yang dapat dibaca oleh orang tersebut. Ia diukur menggunakan standard pengukuran ketajaman visual yang paling tepat.
PEMERIKSAAN MATA LUARAN
PEMERIKSAAN KORNEA
Adakah Kornea anda sihat? Adakah anda mempunyai masalah mata kering? Pemakai kanta lekap seharusnya amat berwaspada terhadap jangkitan Kornea kerana jangkitan ini adalah disebabkan oleh pemakaian dan penjagaan kanta lekap yang tidak betul.
PEMERIKSAAN MATA KERING
Mata kering amat biasa pada zaman kini, terutamanya bagi pengguna komputer.
PEMERIKSAAN MATA DALAMAN
PEMERIKSAAN KATARAK
Katarak merupakan tangga pertama penyebab masalah buta di dunia. Katarak mata berlaku apabila lensa menjadi kaku atau kabus, biasanya dengan faktor peningkatan usia. Jika dibiarkan tanpa rawatan pesakit akhirnya akan menjadi buta. Pengesanan awal dengan pembedahan Katarak yang moden beserta lensa pelbagai fokus boleh memulihkan balik penglihatan anda.
PEMERIKSAAN SARAF OPTIK
Masalah seperti keradangan (Neuritis Optik), ketumbuhan dan bengkak boleh membawa simptom seperti penglihatan kabur, kehilangan penglihatan warna, ‘floaters’, sakit kepala, sakit mata atau ketidakselesaan mata, loya dan kehilangan penglihatan.
PEMERIKSAAN GLAUKOMA
Kebanyakan orang tidak mempunyai gejala awal terhadap Glaukoma kronik, tapi anda akan mengalami kehilangan penglihatan, sakit kepala, penglihatan kabur, kesukaran menyesuaikan diri dalam keadaan gelap dan lingkaran di sekitar cahaya. Diagnosis awal dan rawatan adalah cara terbaik untuk mencegah penyakit ini.
Tempah Sekarang